SELAMAT DATANG... SALAM 1MALAYSIA...




03 July 2010

GOTONG-ROYONG PUSAT SUMBER





Pada 4 APRIL 2010 yang lalu, seluruh warga sekolah telah terlibat dalam
program gotong-royong sempena sambutan Hari Kesihatan sedunia.
Pusat Sumber Sekolah telah dibersih dan diceriakan pada hari
tersebut.
Besarlah harapan pihak pengurusan Pusat Sumber
jika keadaan yang bersih
dan ceria ini dapat dikekalkan.






02 July 2010

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM 2010

GKMP Bahasa, En. Zaman bin Md Wahab memulakan majlis
pelancaran Program NILAM 2010 yang diadakan pada 8 FEB 2010 yang lalu
dengan ucapan alu-aluan beliau



Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Puan Pengetua,
Puan Hajah Salamah binti Hashim


Deklamasi sajak oleh Sylvester (5ST) dan Sivanesan (4PA)


Hadiah untuk murid yang rajin membaca


Hadiah juga untuk guru yang rajin membaca


Barisan GPK dan GKMP yang hadir

Barisan guru yang turut hadir

01 July 2010

SENARAI NAMA PELAJAR ANUGERAH NILAM 2009

Anugerah Nilam
Resylnna ak Sawing - 5 Sains Tulen

Nur Syafiqah binti Yusof - 2 RK1
Nurul Hassanah bt Mohamad Azri - 2RK1


Anugerah Emas
Sharifah Aina Hani bt Syed Osman Abadi – 2 RK 1


Anugerah Perak
Mardiana ak Johny – 3 Alpha


Anugerah Gangsa
Haziqah bt Hairuddin – 1 RK 2
Siti Nurfarahin Nuradawiyah binti Mohamad Aznan - 1RK2
Noor Shafira Ayuni binti Mohd. Sobri - 1 Gamma
Ivy Vanessa Bella ak Isa - 1 Gamma
Nur Alia Aini binti Mohd. Namberi - 2 Alpha
Calvendy ak Andrew - 2 Gamma
Siti Rosaidah bt Mohd Said – 3 Alpha
Nur Athira binti Anuar - 3 Alpha

30 June 2010

NILAM: NADI ILMU AMALAN MEMBACA

PENGENALAN
NILAM ialah satu program galakan membaca yang dilancarkan di peringkat kebangsaan dan merupakan suatu program yang dilaksanakan secara terancang dengan melibatkan semua pelajar sekolah rendah dan menengah bagi membentuk tabiat suka membaca.

MATLAMAT
Menjadikan amalan membaca sebagai budaya hidup

OBJEKTIF
(a) Meningkatkan minat membaca yang berterusan (avid reader)
(b) Memperbanyakkan bahan bacaan sesuai dengan tahap perkembangan pelajar
(c) Melahirkan/ mengenalpasti tokoh murid yang banyak membaca dan berketerampilan
serta mempunyai sifat-sifat kepimpinan
(d) Menampilkan murid yang mengamalkan ciri-ciri pembaca berkualiti
(e) Mewujudkan persekitaran yang kondusif dan sudut bacaan yang sesuai untuk
pembacaan di kawasan sekolah
(f) Mewujudkan rangkaian pembacaan antara institusi pendidikan, kerajaan, swasta
pertubuhan sukarela
(g) Menjadikan amalan membaca sebahagian gaya hidup

SASARAN
Program NILAM mula dilaksanakan secara berperingkat kepada pelajar mulai
tahun 1999. Mulai tahun 2003, semua pelajar di sekolah menengah dan rendah wajib menyertai program ini.


TENAGA PELAKSANA

Di peringkat sekolah menengah,tenaga pelaksana program ini adalah Guru Perpustakaan dan Guru Mata Pelajaran.


BAHAN BACAAN

Tahan Jauhari : Buku (fiksyen dan bukan fiksyen)

Tahap Rakan Pembaca : Buku, majalah, akhbar, bahan Internet, jurnal, risalah

29 June 2010

KOLEKSI BAHAN BACAAN

Untuk pengetahuan semua, koleksi buku di PSS SMKKT dikelaskan mengikut kategori berikut:

~ 0-99 (karya am) – 945 buah

~ 100-199 (falsafah) – 396 buah
~ 200-299 (agama) – 286 buah
~ 300-399 (sains kemasyarakatan) – 330 buah

~ 400-499 (bahasa) – 262 buah
~ 500-599 (sains) – 188 buah
~ 600-699 (teknologi) – 141 buah
~ 700-799 (kesenian) – 86 buah
~ 800-899 (sastera) – 378 buah
~ 900-1000 (sejarah & geografi) – 311 buah
~ Fiksyen Bahasa Melayu – 468 buah
~ Fiksyen Bahasa Ingerris – 1191 buah

Jumlah keseluruhan: 4982 buah
Jumlah buku rujukan: 1584 buah


Pastikan anda membaca pelbagai jenis bahan bacaan ini. Jika anda memerlukan bantuan untuk mendapatkan buku yang dikehendaki, sila berhubung dengan Pengawas PSS, pembantu PSS atau Guru Media yang sedia berkhidmat untuk anda.