SELAMAT DATANG... SALAM 1MALAYSIA...




30 June 2010

NILAM: NADI ILMU AMALAN MEMBACA

PENGENALAN
NILAM ialah satu program galakan membaca yang dilancarkan di peringkat kebangsaan dan merupakan suatu program yang dilaksanakan secara terancang dengan melibatkan semua pelajar sekolah rendah dan menengah bagi membentuk tabiat suka membaca.

MATLAMAT
Menjadikan amalan membaca sebagai budaya hidup

OBJEKTIF
(a) Meningkatkan minat membaca yang berterusan (avid reader)
(b) Memperbanyakkan bahan bacaan sesuai dengan tahap perkembangan pelajar
(c) Melahirkan/ mengenalpasti tokoh murid yang banyak membaca dan berketerampilan
serta mempunyai sifat-sifat kepimpinan
(d) Menampilkan murid yang mengamalkan ciri-ciri pembaca berkualiti
(e) Mewujudkan persekitaran yang kondusif dan sudut bacaan yang sesuai untuk
pembacaan di kawasan sekolah
(f) Mewujudkan rangkaian pembacaan antara institusi pendidikan, kerajaan, swasta
pertubuhan sukarela
(g) Menjadikan amalan membaca sebahagian gaya hidup

SASARAN
Program NILAM mula dilaksanakan secara berperingkat kepada pelajar mulai
tahun 1999. Mulai tahun 2003, semua pelajar di sekolah menengah dan rendah wajib menyertai program ini.


TENAGA PELAKSANA

Di peringkat sekolah menengah,tenaga pelaksana program ini adalah Guru Perpustakaan dan Guru Mata Pelajaran.


BAHAN BACAAN

Tahan Jauhari : Buku (fiksyen dan bukan fiksyen)

Tahap Rakan Pembaca : Buku, majalah, akhbar, bahan Internet, jurnal, risalah

29 June 2010

KOLEKSI BAHAN BACAAN

Untuk pengetahuan semua, koleksi buku di PSS SMKKT dikelaskan mengikut kategori berikut:

~ 0-99 (karya am) – 945 buah

~ 100-199 (falsafah) – 396 buah
~ 200-299 (agama) – 286 buah
~ 300-399 (sains kemasyarakatan) – 330 buah

~ 400-499 (bahasa) – 262 buah
~ 500-599 (sains) – 188 buah
~ 600-699 (teknologi) – 141 buah
~ 700-799 (kesenian) – 86 buah
~ 800-899 (sastera) – 378 buah
~ 900-1000 (sejarah & geografi) – 311 buah
~ Fiksyen Bahasa Melayu – 468 buah
~ Fiksyen Bahasa Ingerris – 1191 buah

Jumlah keseluruhan: 4982 buah
Jumlah buku rujukan: 1584 buah


Pastikan anda membaca pelbagai jenis bahan bacaan ini. Jika anda memerlukan bantuan untuk mendapatkan buku yang dikehendaki, sila berhubung dengan Pengawas PSS, pembantu PSS atau Guru Media yang sedia berkhidmat untuk anda.

28 June 2010

HARI INI KITA BERMULA

Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara,
Pemanis kalam selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara

Cantik sungguh si bunga kejora,

Buat hiasan di hari raya,
Marilah sahut seruan negara,
Bangsa membaca bangsa berjaya


Blog ini merupakan blog rasmi Pusat Sumber Sekolah SMK Kem Terendak. Segala maklumat yang berkaitan dengan PSS SMKKT akan cuba dipaparkan di laman sesawang ini. Semoga kita dapat memanfaatkan apa yang dikongsi di sini :)

~ pantun nukilan Cikgu Zahid bin Bakar & Cikgu Noraini MY (guru blogger) ~