NILAM ialah satu program galakan membaca yang dilancarkan di peringkat kebangsaan dan merupakan suatu program yang dilaksanakan secara terancang dengan melibatkan semua pelajar sekolah rendah dan menengah bagi membentuk tabiat suka membaca.
MATLAMAT
Menjadikan amalan membaca sebagai budaya hidup
OBJEKTIF
(a) Meningkatkan minat membaca yang berterusan (avid reader)
(b) Memperbanyakkan bahan bacaan sesuai dengan tahap perkembangan pelajar
(c) Melahirkan/ mengenalpasti tokoh murid yang banyak membaca dan berketerampilan
serta mempunyai sifat-sifat kepimpinan
(d) Menampilkan murid yang mengamalkan ciri-ciri pembaca berkualiti
(e) Mewujudkan persekitaran yang kondusif dan sudut bacaan yang sesuai untuk
pembacaan di kawasan sekolah
(f) Mewujudkan rangkaian pembacaan antara institusi pendidikan, kerajaan, swasta
pertubuhan sukarela
(g) Menjadikan amalan membaca sebahagian gaya hidup
SASARAN
Program NILAM mula dilaksanakan secara berperingkat kepada pelajar mulai tahun 1999. Mulai tahun 2003, semua pelajar di sekolah menengah dan rendah wajib menyertai program ini.
TENAGA PELAKSANA
Di peringkat sekolah menengah,tenaga pelaksana program ini adalah Guru Perpustakaan dan Guru Mata Pelajaran.
BAHAN BACAAN
Tahan Jauhari : Buku (fiksyen dan bukan fiksyen)
Tahap Rakan Pembaca : Buku, majalah, akhbar, bahan Internet, jurnal, risalah